Kelas Asas Ict Microsoft Excel Dan Microsoft Word
6 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 April 2018, seramai 10 orang pelajar Tahap 2 menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Excel di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat sehingga 5.00 petang.
Untuk hari pertama, mereka di beri taklimat pengenalan dan juga fungsi mengenai aplikasi Microsoft Excel. Modul untuk pembelajaran Kelas Asas Ict ini disediakan mengikut tahap kemampuan para pelajar. Pelajar diajar mengenali excel iaitu sel, baris dan lajur. Mereka diberi latihan menaip dan memasukkan data dalam bentuk jadual.
Bagi sesi mukadimah, para pelajar turut di beritahu mengenai Klik Dengan Bijak dan cara menggunakan komputer dan internet secara berhemah. Khususnya, untuk para pelajar yang baru mengenali dunia ICT. Ini bertujuan, supaya mereka dapat menggunakan perkhidmatan ineternet yang ada dengan betul.
Selain itu juga, terdapat juga pelajar yang hadir bagi menyiapkan modul Ms. Word yang diberikan dalam tempoh tertentu sebelum menduduki Ujian Penilaian Ms. Word. Untuk kelas ini, mereka diberi ulangkaji dan diberi tunjuk ajar sekiranya masih kurang faham mengunakan perisian Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: